Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:Rasulullah Shallahu ‘alaihi
wassalam telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan
perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum
wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai
Rasulullah,kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni
Neraka?”Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam bersabda:“Kamu banyak
mengutuk dan mengingkari suami.
Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan
akal dan agama itu? “Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan
penyaksian seorang lelaki.
Inilah yang dikatakan kekurangan akal.Begitu juga wanita tidak
mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka
pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan
agama”
Dari Imran bin Husain dia berkata,Rasulullah Shallahu ‘alaihi
wassalam bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang
paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam bersabda yang bermaksud : “Aku
melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah
fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku
menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al-
Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam :“Allah tidak akan melihat
kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan
tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
Sabda Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam :“Wanita yang meminta
cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya
mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain,Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam
menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka,baginda bersabda :“ … dan
wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang,
melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari
ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti
bunggul unta.
Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga
padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan
sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari,Rasulullah Shallahu ‘alaihi
wassalam. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan
solat yang panjang,
Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan Neraka.
Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “
… dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan
seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum
wanita.
Para sahabat pun bertanya:“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”
Baginda Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana
kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada
Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka,
kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka
selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang
tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat
sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah
untuk bertakwa kepada Allah SWT. dan anjuran untuk mentaati-Nya.
Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka
dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua.
Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka
berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya
yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa
demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak
mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al-
Bukhari)
Allahu'alam bishawab
Sumber: http://www.facebook.com/pages/Strawberry
Kamis, 09 Mei 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar